Terlebih
dahulu bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan
tugasan ini sehingga selesai. Alhamdulillah berkat usaha yang gigih
serta bantuan pensyarah-pensyarah pembimbing akhirnya saya dapat juga
menyiapkan tugasan membina blog yang bertajuk Permainan Traditional. Setelah
banyak meneroka dan mencuba saya berasa seronok dan dapat juga membina blog
sepertimana yang diarahkan. Ribuan terima
kasih diucapkan kepada semua tenaga pengajar yang telah banyak membantu saya
dalam menyelesaikan masalah dan kerumitan yang timbul sepanjang melakukan
tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang memberi tunjuk ajar secara
langsung atau tidak .
Pada mulanya, semasa menjalankan tugasan ini, saya telah
menghadapi banyak kesulitan disebabkan pengetahuan yang saya ada mengenai bidang
ini amatlah sedikit ditambah pula dengan kerja kursus dalam matapelajaran yang
lain yang harus disiapkan pada masa yang sama. Walaubagaimanapun, saya cuba membahagikan masa agar dapat memberi
ruang untuk menyiapkan tugasan membina blog bagi tugasan subjek TMK kali ini.
Proses pengajaran dan pembelajaran ICT
sememangnya dapat membantu memudahkan proses PdP di dalam kelas dan juga dapat
mengurangkan beban tugas guru. Oleh itu, pembelajaran berbantu multimedia
ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan dan motivasi kepada guru bagi menghasilkan
inovasi pada pengajaran agar proses PdP lebih difahami dan diikuti oleh
pelajar. Pembelajaran berbantu multimedia seperti pembinaan blog dijangka
dapat meningkatkan prestasi murid-murid di samping memberi pendedahan kepada
guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi multimedia sebagai bahan bantu
mengajar. Pembelajaran berbantu multimedia dapat mempelbagaikan bahan rujukan
pelajar kerana ia boleh diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran
seperti teks, grafik, video, visual pembelajaran dan sebagainya. Secara tidak
langsung ianya akan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman serta pencapaian
pelajar untuk melahirkan generasi yang cemerlang yang lengkap dari aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Akhir
kata, dengan adanya pengalaman dan ilmu yang saya dapat sepanjang menyelesaikan
tugasan ini akan diaplikasikan ketika menjalankan sessi pengajaran dan
pembelajaran di tabika. Ini kerana dengan adanya kecanggihan teknologi di zaman
moden dan interaktif ini memerlukan kepakaran media untuk guru yang berkalibar
bagi menjadi seorang pendidik yang berkualiti.
No comments:
Post a Comment