Friday, 8 January 2016

Permainan Tradisional "Nenek Si Bongkok 3"

PERMAINAN TRADISIONAL
"NENEK SI BONGKOK 3"


  
Pengenalan

            Permainan nenek-nenek si bongok 3 merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak di luar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digemari oleh mereka. Di dalam permainan ini terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan. Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat.

Objektif Permainan

Domain sosial :
Kanak-kanak belajar bekerjasama dengan kumpulan.

Domain Kognitif       : 
Kanak-kanak belajar meneka dan membuat andaian dengan      menggunakan deria sentuh dan meneka bunyi suara.

Domain efektif : Mereka  juga  belajar  mematuhi  peraturan  dan  menjaga  rahsia  di  mana  pemain tidak  boleh  memberitahu  nama  pemain  yang  dipegang  kepada  'nenek'  ketika  sedang  meneka nama  mereka.

Domain psikomotor :
Dapat  meningkatkan  koordinasi  otot - sarat, kelajuan, imbangan kelenturan dan  daya  tahan  secara minimum.


Tujuan permainan
Pemain  yang  ditutupkan  matanya  akan  mencari  pemain  yang  lain  dan  meneka  nama  mereka.
KATEGORI PEMAIN
1. Dimainkan  oleh  lelaki  dan  juga perempuan.
2. Pemain  hendaklah  melebihi  4  orang  pemain.
3. Salah  seorang  pemain  akan  menjadi  'nenek'  dan  matanya  akan  ditutup.
TEKNIK PERMAINAN
1. Penempatan pemain
2. Pemain  membuat bulatan mengelilingi 'nenek'.
3. Pemain  menyanyikan  lagu nenek-nenek si bongkok tiga, 'nenek' membongkokkan  badan  dan    
    berjalan seperti  orang  tua.
4. Pemain  bergelak  ketawa  kemudian  duduk, 'nenek'  akan  mencari pemain  sebagai  ganti.
5. Pemain akan  senyap  ketika  'nenek'  mencari  cucu, pemain  yang  kena  tangkap  akan  menjadi  
    pengganti  kepada 'nenek' sekiranya tekaan nama betul  oleh  nenek.
 PERATURAN PERMAINAN
 1. Penutup mata ‘nenek’ tidak boleh dibuka semasa meneka pemain.
2. Pemain yang ditangkap tidak boleh melarikan diri semasa ‘nenek’ meneka.
3 .Jika ‘nenek’ meneka nama betul maka pemain itu akan menjadi pengganti ‘nenek’.
4. Pemain lain tidak dibenarkan memberitahu nama pemain yang ditangkap oleh ‘nenek’.
LOKASI PERMAINAN
Kawasan lapang seperti halaman rumah, padang atau gelanggang badminton.
Kawasan permainan hendaklah ditanda atau dihadkan.


LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
1.      Permainan ini hendaklah dimainkan di kawasan yang luas dan lapang yang membolehkan pemain bermain dengan selesa dan bebas.
2.      Kawasan permainan hendaklah ditandakan bagi mengelakkan pemain bergerak  terlalu jauh yang mungkin menyebabkan kecederaan dan membahayakan pemain yang menutup mata.
3.      Pastikan tiada benda-benda yang boleh mencederakan pemain ketika permainan seperti batu, serpihan kaca dan lain-lain benda yang merbahayakan pemain.
4.      Pemain hendaklah memakai pakaian sukan yang lengkap dan sesuai. (terutama sekali kasut)
KOS PERMAINAN/BARANG PERMAINAN
 * Tiada peralatan diperlukan kecuali penanda untuk menandakan kawasan 
    permainan, sapu tangan/kain penutup mata dan tongkat.
*  Secara tidak langsung ia tidak memerlukan sebarang kos untuk bahan-bahan
    yang diperlukan dalam permainan tersebut.
BAHAN  YANG DIGUNAKAN DALAM PERMAINAN
  i.Lagu ‘nenek-nenek si bongkok tiga’
ii.Sehelai sapu tangan/kain penutup mata.
    Sebatang kayu sebagai tongkat.
CARA MENENTUKAN PEMAIN MENJADI NENEK
1..Sebelum permainan dimulakan, seorang daripada pemain haruslah menjadi ‘nenek’.
2.Bagi menentukan ‘nenek’ undian akan dibuat secara lai lai lu tam plong akan dijalankan.
3.Siapa dikalangan pemain yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya menggunakan sapu tangan/kain untuk menjadi ‘nenek’.
4.Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berkelakuan seperti nenek tua yang buta.



CARA PERMAINAN
1. Pilih seorang pemain menjadi ‘nenek’.
2. Mata ‘nenek’ ditutup dengan menggunakan sapu tangan ataupun kain penutup mata.
3. Pemain lain membuat bulatan sambil berpegang tangan.
4. ‘nenek’ memegang tongkat dan berada di tengah bulatan.
5. Pemain menyanyikan lagu sambil mengelilingi ‘nenek’.

nenek-nenek si bongkok tiga,
siang mengantuk malam berjaga,
mencari  cucu  di mana  ada,
nenek  ku  kahwin  dengan  anak  raja.

6.  Semasa pemain  mengelilingi  'nenek'  sambil  menyanyi, 'nenek'  hanya  berdiam  diri  sambil menggerakkan  tongkat  dan  membongkok-bongkokkan  badannya  dan  beraksi  seperti  orang tua.
7.  Selepas  selesai  menyanyi, pemain  duduk  mencangkung  dan  berdiam  diri.
8. 'Nenek'  pula  menyanyikan  lagu : 
cucu-cucu tak dapat lari,
nenek tua banyak sakti,
sekarang nenek mencari ganti,
siapa yang kena dia yang jadi.
9.'nenek'  akan  meraba-raba  mencari  dan  cuba  menangkap  pemain  seperti  dalam  gambar  di 
   bawah : 
11. Jika  betul  tekaan  'nenek', maka pemain itu akan menjadi nenek pula.Jika salah tekaan 'nenek' boleh meneka sebanyak 3 kali sahaja.
12. Selepas meneka sebanyak tiga kali, jika masih salah 'nenek' perlu mencari orang lain pula sehingga tekaan betul.







No comments:

Post a Comment