Friday, 8 January 2016

Suzira Profile

NAMA PELAJAR                : SUZIRA BINTI MOHD
KUMP/UNIT                       : KDC/KDPM/KEMAS NOV 2013
NO IC                                   : 820706-08-5928
SUBJEK                              : TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI
ALAMAT SEKOLAH          : TABIKA KEMAS FELDA BESOUT 2, 
                                                  35600 SUNGKAI.

EMAIL                                   : suzira6782@gmail.com

Refleksi

Terlebih dahulu bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan tugasan ini sehingga selesai. Alhamdulillah berkat usaha yang gigih serta bantuan pensyarah-pensyarah pembimbing akhirnya saya dapat juga menyiapkan tugasan membina blog yang bertajuk Permainan Traditional. Setelah banyak meneroka dan mencuba saya berasa seronok dan dapat juga membina blog sepertimana yang diarahkan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua tenaga pengajar yang telah banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah dan kerumitan yang timbul sepanjang melakukan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang memberi tunjuk ajar secara langsung atau tidak . Pada mulanya, semasa menjalankan tugasan ini, saya telah menghadapi banyak kesulitan disebabkan pengetahuan yang saya ada mengenai bidang ini amatlah sedikit ditambah pula dengan kerja kursus dalam matapelajaran yang lain yang harus disiapkan pada masa yang sama. Walaubagaimanapun, saya  cuba membahagikan masa agar dapat memberi ruang untuk menyiapkan tugasan membina blog bagi tugasan subjek TMK kali ini.

Proses pengajaran dan pembelajaran ICT sememangnya dapat membantu memudahkan proses PdP di dalam kelas dan juga dapat mengurangkan beban tugas guru.  Oleh itu, pembelajaran berbantu  multimedia ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan dan motivasi kepada guru bagi menghasilkan inovasi pada pengajaran agar proses PdP lebih difahami dan diikuti oleh pelajar. Pembelajaran berbantu multimedia seperti pembinaan blog dijangka dapat meningkatkan prestasi murid-murid di samping memberi pendedahan kepada guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi multimedia sebagai bahan bantu mengajar. Pembelajaran berbantu multimedia dapat mempelbagaikan bahan rujukan pelajar kerana ia boleh diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti teks, grafik, video, visual pembelajaran dan sebagainya. Secara tidak langsung ianya akan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman serta pencapaian pelajar untuk melahirkan generasi yang cemerlang yang lengkap dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Akhir kata, dengan adanya pengalaman dan ilmu yang saya dapat sepanjang menyelesaikan tugasan ini akan diaplikasikan ketika menjalankan sessi pengajaran dan pembelajaran di tabika. Ini kerana dengan adanya kecanggihan teknologi di zaman moden dan interaktif ini memerlukan kepakaran media untuk guru yang berkalibar bagi menjadi seorang pendidik yang berkualiti.



Lembaran Kerja Permainan Tradisional



Mari mengenal permainan rakyat


Tuliskan nama permainan berpandukan gambar dan pilihan jawapan yang diberi

Permainan Tradisional : Galah Panjang , Guli, Gasing, Permainan Wau, Konda Kondi, Batu Seremban

GALAH PANJANG

Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.


Cara bermain
i.              Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.
ii.             Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.
iii.            Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.
iv.           Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang.
v.            Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.
vi.           Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
vii.          Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.
Syarat permainan
1.            Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.
2.            Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.

GULI



Guli adalah sejenis bebola kecil yang biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat atau akik. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak. Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah permainan lain, contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk nostalgia atau warna estetiknya.

Permainan

Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.

Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

Gelanggang
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1 m. Di tengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10 cm lebar dan sedalam 7 cm dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3 m daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.

Cara bermain
i.              Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.

ii.             Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.

iii.            Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.

iv.           Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.

v.            Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.

vi.           Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.



GASING


Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Jenis-jenis Gasing

Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Membuat Gasing Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan.
Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing. Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik. Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.

Cara Bermain

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Pertandingan Gasing
 
                Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan. Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka.
Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing. Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.

Permainan wau


                Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta.Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan,wau merak, wau kucing, wau jala budi, waulenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Reka corak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni.

Cara-cara bermain wau.
                Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang tali wau yang digelar juru anjung dan seorang lagi akan membawa wau kira-kira 15 hingga 25 meter dari juru anjung dan digelar juru main tali.
                Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Bagi wau jenis terbang, kepuasan boleh dirasai apabila wau tersebut mampu melakukan penerbangan setinggi mungkin. Sebelum diterbangkan adalah perlu dipastikan wau tersebut diimbangkan dengan baik dan tidak berat sebelah. Ini adalah untuk menentukan sama ada wau dapat terbang dengan baik atau tidak. Sekiranya tidak seimbang, wau tidak dinaikkan dengan baik. Setelah keseimbangan dipastikan tugas selanjutnya ialah menaikkan wau supaya mampu tebang ke udara.
                Sebaik sahaja terdapat angin yang sesuai, wau akan dilepaskan dan juru anjung akan menariknya sambil berlari anak. Ketika itu wau akan naik kemucak kira-kira 20 meter ke udara. Juru anjung akan terus menghulurkan tali supaya wau dapat dinaikkan lebih tinggi. Lazimnya wau boleh naik sehingga 500 hingga 600 meter ke udara. Setelah melihat wau naik dengan baik, juru anjung akan menambat tali wau pada pangkal pokok dan terus memegang. Juru anjung akan meninggalkan tempat tersebut dan menikmati alunan bunyi busur yang dibawa oleh angin. Oleh kerana angin adalah faktor penentu wau sama ada  wau boleh dinaikkan atau tidak, bermakna wau selalu dimainkan pada musim berangin.

KONDA KONDI




Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang. Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang. Undian secara 'wan tu som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.


Langkah 1

                Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang. Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.


Langkah 2

                Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat. Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi.


Langkah 3

                Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.






BATU SEREMBAN




                Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.




Permainan Tradisional "Nenek Si Bongkok 3"

PERMAINAN TRADISIONAL
"NENEK SI BONGKOK 3"


  
Pengenalan

            Permainan nenek-nenek si bongok 3 merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak di luar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digemari oleh mereka. Di dalam permainan ini terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan. Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat.

Objektif Permainan

Domain sosial :
Kanak-kanak belajar bekerjasama dengan kumpulan.

Domain Kognitif       : 
Kanak-kanak belajar meneka dan membuat andaian dengan      menggunakan deria sentuh dan meneka bunyi suara.

Domain efektif : Mereka  juga  belajar  mematuhi  peraturan  dan  menjaga  rahsia  di  mana  pemain tidak  boleh  memberitahu  nama  pemain  yang  dipegang  kepada  'nenek'  ketika  sedang  meneka nama  mereka.

Domain psikomotor :
Dapat  meningkatkan  koordinasi  otot - sarat, kelajuan, imbangan kelenturan dan  daya  tahan  secara minimum.


Tujuan permainan
Pemain  yang  ditutupkan  matanya  akan  mencari  pemain  yang  lain  dan  meneka  nama  mereka.
KATEGORI PEMAIN
1. Dimainkan  oleh  lelaki  dan  juga perempuan.
2. Pemain  hendaklah  melebihi  4  orang  pemain.
3. Salah  seorang  pemain  akan  menjadi  'nenek'  dan  matanya  akan  ditutup.
TEKNIK PERMAINAN
1. Penempatan pemain
2. Pemain  membuat bulatan mengelilingi 'nenek'.
3. Pemain  menyanyikan  lagu nenek-nenek si bongkok tiga, 'nenek' membongkokkan  badan  dan    
    berjalan seperti  orang  tua.
4. Pemain  bergelak  ketawa  kemudian  duduk, 'nenek'  akan  mencari pemain  sebagai  ganti.
5. Pemain akan  senyap  ketika  'nenek'  mencari  cucu, pemain  yang  kena  tangkap  akan  menjadi  
    pengganti  kepada 'nenek' sekiranya tekaan nama betul  oleh  nenek.
 PERATURAN PERMAINAN
 1. Penutup mata ‘nenek’ tidak boleh dibuka semasa meneka pemain.
2. Pemain yang ditangkap tidak boleh melarikan diri semasa ‘nenek’ meneka.
3 .Jika ‘nenek’ meneka nama betul maka pemain itu akan menjadi pengganti ‘nenek’.
4. Pemain lain tidak dibenarkan memberitahu nama pemain yang ditangkap oleh ‘nenek’.
LOKASI PERMAINAN
Kawasan lapang seperti halaman rumah, padang atau gelanggang badminton.
Kawasan permainan hendaklah ditanda atau dihadkan.


LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
1.      Permainan ini hendaklah dimainkan di kawasan yang luas dan lapang yang membolehkan pemain bermain dengan selesa dan bebas.
2.      Kawasan permainan hendaklah ditandakan bagi mengelakkan pemain bergerak  terlalu jauh yang mungkin menyebabkan kecederaan dan membahayakan pemain yang menutup mata.
3.      Pastikan tiada benda-benda yang boleh mencederakan pemain ketika permainan seperti batu, serpihan kaca dan lain-lain benda yang merbahayakan pemain.
4.      Pemain hendaklah memakai pakaian sukan yang lengkap dan sesuai. (terutama sekali kasut)
KOS PERMAINAN/BARANG PERMAINAN
 * Tiada peralatan diperlukan kecuali penanda untuk menandakan kawasan 
    permainan, sapu tangan/kain penutup mata dan tongkat.
*  Secara tidak langsung ia tidak memerlukan sebarang kos untuk bahan-bahan
    yang diperlukan dalam permainan tersebut.
BAHAN  YANG DIGUNAKAN DALAM PERMAINAN
  i.Lagu ‘nenek-nenek si bongkok tiga’
ii.Sehelai sapu tangan/kain penutup mata.
    Sebatang kayu sebagai tongkat.
CARA MENENTUKAN PEMAIN MENJADI NENEK
1..Sebelum permainan dimulakan, seorang daripada pemain haruslah menjadi ‘nenek’.
2.Bagi menentukan ‘nenek’ undian akan dibuat secara lai lai lu tam plong akan dijalankan.
3.Siapa dikalangan pemain yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya menggunakan sapu tangan/kain untuk menjadi ‘nenek’.
4.Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berkelakuan seperti nenek tua yang buta.



CARA PERMAINAN
1. Pilih seorang pemain menjadi ‘nenek’.
2. Mata ‘nenek’ ditutup dengan menggunakan sapu tangan ataupun kain penutup mata.
3. Pemain lain membuat bulatan sambil berpegang tangan.
4. ‘nenek’ memegang tongkat dan berada di tengah bulatan.
5. Pemain menyanyikan lagu sambil mengelilingi ‘nenek’.

nenek-nenek si bongkok tiga,
siang mengantuk malam berjaga,
mencari  cucu  di mana  ada,
nenek  ku  kahwin  dengan  anak  raja.

6.  Semasa pemain  mengelilingi  'nenek'  sambil  menyanyi, 'nenek'  hanya  berdiam  diri  sambil menggerakkan  tongkat  dan  membongkok-bongkokkan  badannya  dan  beraksi  seperti  orang tua.
7.  Selepas  selesai  menyanyi, pemain  duduk  mencangkung  dan  berdiam  diri.
8. 'Nenek'  pula  menyanyikan  lagu : 
cucu-cucu tak dapat lari,
nenek tua banyak sakti,
sekarang nenek mencari ganti,
siapa yang kena dia yang jadi.
9.'nenek'  akan  meraba-raba  mencari  dan  cuba  menangkap  pemain  seperti  dalam  gambar  di 
   bawah : 
11. Jika  betul  tekaan  'nenek', maka pemain itu akan menjadi nenek pula.Jika salah tekaan 'nenek' boleh meneka sebanyak 3 kali sahaja.
12. Selepas meneka sebanyak tiga kali, jika masih salah 'nenek' perlu mencari orang lain pula sehingga tekaan betul.